SelangorToday

SAARI SUNGIB SELESAI JALANI UJIAN RBTAG

Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Yang Berhormat Saari Sungib hadir menjalani ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) yang diadakan di Kompleks Karangkraf. Beliau sanggup hadir ujian tersebut meskipun berkerusi roda demi menjayakan kempen memerangi rasuah dalam negara ini. Beliau hadir bersama isterinya Aliza Jaafar dan seorang menantu.

Saari bersama isteri mengangkat kadboard RBTag

Kata beliau yang juga Ketua AMANAH Gombak, usaha yang dilakukan oleh Rasuah Busters bersama rakan gabungan menentang budaya rasuah adalah satu inisiatif yang sangat baik dan terpuji. Beliau menambah, geralan seumpama ini seharusnya disokong penuh oleh semua pihak bagi membebaskan negara daripada budaya jijik rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Saari merupakan tokoh gerakan reformasi yang pernah dipenjarakan dibawah Akta ISA. Gelombong reformasi pada tahun 1998 telah melonjakkan nama beliau dengan lebih hebat lagi sehinggalah beliau menang di DUN Hulu Kelang pada tahun 2008 atas tiket PAS dan mempertahankannya sehingga hari ini.

Exit mobile version