
Penggiat seni serba boleh Muhammad Sabri bin Yunus atau Sabri Yunus dianugerahkan sebagai pendakwah kategori Seni Kreatif oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM).
Anugerah tersebut disampaikan sempan Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 yang telah dilangsungkan di Putrajaya 5 Disember 2024.
Sabri Yunus yang terkenal sebagai pembikin filem dan drama yang sarat dengan pengajaran serta pendoman melalui karyanya menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama) Dr. Mohd Naim bin Hj Mokhtar.

Anugerah tersebut diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendakwah yang tidak pernah mengenal erti penat dalam melestarikan gerakan dakwah negara ini.
Majlis anugerah tersebut diadakan buat kali kedua selepas kali pertama diadakan pada tahun 2015.
Selain anugerah pendakwah kategori seni kreatif, terdapat juga anugerah kategori orang asal, kurang upaya dan media dakwah.
Sumbangan Sabri Yunus bersama YADIM melalui:
1. Program mutiara minda selebriti lebih kepada dakwah kreatif dalam menarik minat golongan muda.
2. Program menerusi lukisan dan penghasilan karikatur dikaitkan dengan dakwah.
3. Program diskusi ilmiah bersama YADIM menerangkan tentang hijrah selebriti.
4. Peranan beliau bersama YADIM dan TV Hijrah menerusi slot ‘Angeline Tan tanya Abang jawab’ dapat menarik orang luar terutamanya golongan artis.
5. Beliau juga aktif menjalankan program dakwah di bawah NGO antara PERKIM dalam slot ‘Hidayah milik Allah’.
6. Beliau juga banyan mendalami ilmu agama setelah berkahwin. Tanggungjawab seorang dalam mendidik isteri yang mualaf