SelangorToday

SAHSIAH DAN INTEGRITI TUMPUAN UTAMA PEMBANGUNAN KONTRAKTOR SELANGOR

13 Disember 2021, Exco Infrastukrur dan Kemudahan Awam, Pertanian & Perladangan dan Industri Asas Tani, YB Ir. Hj Izham Hashim telah merasmikan Program Pembangunan Kontraktor Bagi Kontrak Jangka Panjang (KJP) Penyelenggaraan Jalan-Jalan Di Negeri Selangor.

Petikan Sosial Media YB Ir.Hj Izham Hashim

Dalam petikan di Sosial Media beliau, program ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kualiti nilai tambah, sahsiah serta integriti para kontraktor yang terlibat dalam Kontrak Jangka Panjang (KJP) ini.

Semestinya usaha membangunkan pemegang taruh yang terlibat dalam segala urusan pembangunan di negeri Selangor perlu dilaksanakan secara konsisten dan berkesan. Demi mencapai pembangunan yang mampan dan kukuh latihan dalam industri menjadi tumpuan utama Kerajaan Negeri Selangor.

Program pembangunan ini adalah usaha sama Kerajaan Negeri bersama penganjur Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan JKR Selangor.

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

Exit mobile version