SelangorToday

SALAHKAH TARIK SUBSIDI YANG DINIKMATI OLEH GOLONGAN KAYA? – PM ANWAR

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membangkitkan soal rungutan pihak tertentu apabila peruntukan subsidi yang disediakan  oleh Kerajaan Perpaduan bagi tahun 2024 dikurangkan. Beliau mempersoalkan adakah salah jika kerajaan beliau menarik semula subisidi yang dinikmati oleh golonganT20? Jelas beliau yang berucap di Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Oktober 2023 itu, pengurangan subsidi tersebut mampu merapatkan jurang fiskal negara seterusnya menggunakan penjimatan tersebut kepada segmen yang lebih memerlukan.

Tambah Pengerusi HARAPAN itu lagi, kenaikan tarif elektrik akan dikenakan kepada mereka yang menggunakan elektrik pada kadar 10% tertinggi. Bererti golongan sederhana termasuk miskin terkecuali dari dikenakan kenaikan tersebut. Apabila kerajaan menyasarkan subsidi kepada yang benar-benar susah, kerajaan mendapat penjimatan sebanyak RM4.6 bilion. Ini penjimatan yang terbesar kerajaan boleh lakukan dengan menarik kemudahan yang diperoleh oleh golongan maha kaya.

Ketika era 90an, subsidi ayam dan telur hanya diberikan semasa musim perayaan, berbeda dengan sekarang, subsidi ayam dan telur terus-menerus diberikan sepanjang masa. Maka kini kerajaan terpaksa mengapungkan harga barang tersebut agar rakyat tetap mampu beli, malah kerajaan juga tidak terus terbeban. Akhirnya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak RM3.5 juta daripada subsidi keseluruhan juga turut dirasai oleh warga asing sementara penyeludupan kerap berlaku dengan harga tersebut. – SelangorToday

Exit mobile version