SelangorToday

SALAHUDDIN TEGUR HADI ISU ANTARABANGSA

Mantan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub menegur kenyataan Duta Khas Bertaraf Menteri ke Timur Tengah, Yang Berhormat Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana mendahului keputusan kabinet Malaysia berkaitan sokongan Malaysia kepada kerajaan Taliban di Afghanistan. Dalam satu kenyataan Ahli Parlimen Pulai baru-baru ini menyatakan bahawa kenyataan Abdul Hadi banyak menimbulkan persoalan dan mengejutkan ramai pihak.

Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH

Tambah Timbalan Presiden AMANAH itu, pertamanya Abdul Hadi melangkau peranan dan tanggungjawab Kabinet Malaysia sebagai kata pemutus dasar luar negara kerajaan Malaysia. Memandangkan Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan bahawa Malaysia masih menunggu laporan PBB berkaitan penubuhan kerajaan di Afghanistan dan masih belum membuat sebarang keputusan, maka kenyataan Abdul Hadi dilihat mendahului keputusan kabinet.

Salahuddin yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH memaklumkan bahawa mengapa Abdul Hadi menumpukan isu Afghanistan sedangkan negara tersebut tidak terletak di kawasan timur tengah yang perlu diberikan perhatian oleh Abdul Hadi? Sedangkan lebih banyak isu utama yang Presiden PAS itu boleh memberi teguran, misalnya Perang di Yaman melibatkan kuasa besar dan negara yang lemah dan kerdil, sehingga berjuta kanak-kanak dan orang dewasa berhadapan masalah kekurangan nutrisi serta kebuluran. Maka isu itu yang Salahuddin mahu Abdul Hadi angkat sebagau Duta Khas.

Exit mobile version