SelangorToday

SAMSURI VS MUHYIDDIN, PN MULA BERENTAKAN

Nampaknya pertikaian posisi strategik dalam kepimpinan Perikatan Nasional(PN) menyebabkan gabungan yang dianggotai oleh BERSATU,PAS dan GERAKAN mula berentakan.

Selepas permohonan PAS untuk meletakkan Setiausaha Agung mereka, Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung PN, kini Naib Presiden PAS meletakkan jawatan sebagai Bendahari Agung PN setelah baru beberapa hari sahaja dilantik.

Tiada angin dan ribut, tiba-tiba sahaja Dr. Ahmad Samsuri menggegarkan politik Malaysia dengan kenyataan ringkasnya tentang perletakan jawatan tersebut. Semua pihak masih berteka-teki dengan langkah yang diambil oleh Menteri Besar Terengganu itu.

Walau bagaimanapun, hanya seorang ahli parlimen BERSATU yang bukan dari anggota majlis tertinggi PN mengulas langkah tersebut. Wan Ahmad Fayshal yang merupakan Ahli Parlimen Machang merasa sukar untuk memberi maklum balas atas tindakan Ahmad Samsuri itu. Namun beliau yang digantung hadir parlimen selama enam bulan itu berharap agar PAS tidak ‘membakar kelambu hanya kerana marahkan nyamuk’.

Ertinya, berdasarkan maklumat balas Ahmad Fayshal, PAS diharap tidak merosakkan hubungan dalam PN hanya terasa hati atau tidak setuju dengan beberapa perkara yang diputuskan oleh PN.

Melalui rekod lalu terdapat beberapa pertembungan yang berlaku antara tuntutan PAS dan kehendak BERSATU yang memungkinkan PN menjadi retak dan tegang ketika ini.

Selain penolakkan PN untuk melantik Takiyuddin menggantikan Hamzah Zainudin sebagai Setiausaha PN, BERSATU juga telah mengumumkan pendirian mereka untuk menjadi Menteri Besar Pahang, Perak dan Selangor jika berjaya membentuk kerajaan negeri tersebut kelak.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden BERSATU yang juga Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin. Kenyataan itu dianggap lojik dan berpatutan memandangkan PAS telah pun mempunyai empat orang menteri besar di Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Apalah kiranya tiga buah negeri yang menjadi sasaran seterusnya untuk ditawan oleh PN diberi kepada BERSATU sebagai MB.

Namun begitu, kenyataan Pengerusi PN itu dibantah oleh PAS tidak kurang daripada 24 jam. Pemimpin PAS mengingatkan agar kehendak BERSATU itu perlulah mendapat persetujuan daripada PAS dan ia harus dibincangkan bersama semua komponen PN dalam mesyuarat tertinggi.

Dalam hal ini, jelas kelihatan meskipun kenyataan itu datangnya daripada Pengerusi PN merupakan pimpinan tertinggi gabungan mereka, namun PAS mampu dan tidak gentar untuk menolak cadangan tersebut. Kenyataan PAS agar kehendak tersebut mesti mendapat persetujuan daripada PAS diibaratkan sebagai satu penolakkan dengan cara yang halus tetapi keras. Ini menyerlahkan sikap pendominsian PAS dalam penentuan dasar PN.

Selain itu, perletakkan jawatan Ahmad Samsuri menjadi hangat dan mampu mencetuskan pergolakkan yang lebih besar kepada PN kerana Ahmad Samsuri pernah diiktiraf oleh pimpinan PAS yang akan dijadikan calon Perdana Menteri dari parti mereka.

Meskipun ia tidak mendapat reaksi yang positif daripada Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, tetapi pengiktirafan tersebut berjaya mencetuskan semangat baru kepada penyokong dan ahli PAS untuk menawan kerajaan.

Dari satu segi, pengiktirafan bekas Setiausaha Politik Hj Abdul Hadi Awang sebagai calon PM, ibarat menolak jauh Muhyiddin sebagai calon yang bakal dinamakan oleh PN sebagai PM. Dalam keadaan Muhyiddin gagal merealisasikan mimpi pemimpin,ahli dan penyokong PAS untuk menjadi kerajaan semula, PAS menamakan calon lain yang baru dan lebih segar.

Meletakkan Ahmad Samsuri sebagai calon PM dan berkias untuk tidak memilih Muhyiddin sebagai penearaju kerajaan PN kelak menyebabkan pimpinan PAS, BERSATU dan GERAKAN saling bertikam lidah. GERAKAN semestinya tidak mahu PAS yang dari kelompok parti Islam memimpin mereka dan kerajaan, BERSATU pula tidak akan mudah melepaskan posisi yang beliau peroleh sebagai satu-satunya penyelamat parti mereka.

Pemerhati dapat melihat, perletakkan jawatan Ahmad Samsuri itu merupakan jalan permulaan bagi pihak PAS menolak ke tepi pimpinan BERSATU. Ia juga dapat dirumuskan bahawa kerjasama antara parti dalam PN semakin longgar dan bakal retak.

Sebagai bakal komando PAS merempuh kerajaan MADANI, Ahmad Samsuri dahululah yang perlu dan telah mulakan usaha ke arah itu. PAS yang menguasai semua negeri PN, mendominasi jumlah kerusi Dewan Rakyat dan DUN tidak goyah lagi untuk meninggalkan BERSATU. Adapun GERAKAN hanya liabiliti yang tak mampu meneutralkan sikap ektrism PAS, malah melunturkan jati diri melayu Islam PAS dimana pengundi.

Mungkin teori pertembungan antara siapa calon Perdana Menteri antara PAS dan BERSATU menjadi kenyataan dengan aktor utamanya adalah Ahmad Samsuri dan Muhyiddin Yassin. – SelangorToday

Exit mobile version