SelangorToday

SANY AKAN PERJUANG PEMBINAAN SEKOLAH MENENGAH DI PRIMA SAUJANA

Calon HARAPAN Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan menyataka kesediaan beliau untul mengutamakan tuntutan pembinaan sekolah menengah di Prima Saujana jika dipilih sebagai ahli parlimen pada 19 November ini. Tambah Sany, ketika beliau sedang berkempen di DUN Semenyih, terdapat sebilangan ibubapa yang mengadu kepada beliau supaya memperjuangkan pembinaan sekolah tersebut.

Sany yang juga pimpinan AMANAH Nasional berkata, buat masa ini anak-anak yang menetap di Prima Saujana terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Saujana Impian. Akibat daripada itu, sekolah Saujana Impian menjadi padat dan sesak. Menambah kesulitan juga apabila jarak antara sekolah Saujana Impian dan kawasan penempatan Prima Saujana agak jauh. Oleh itu Sany bersedia menjadikan perkara ini sebagai agenda utama beliau jika dipilih sebagai wakil rakyat Hulu Langat.

Kata Sany lagi, soal pendidikan tidak boleh dikompromi sama sekali kerana ia melibatkan masa depan rakyat jelata. Kekayaan negara harus diagihkan kepada rakyat yang memerlukan termasuk pembinaan sekolah baharu. Oleh itu apabila Anwar Ibrahim dipilih kelak sebagai Perdana Menteri, isu kekurangan sekolah tidak berbangkit lagi. –Selangor Today

Exit mobile version