Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan yang sedang uzur dan sedang dirawat di salah sebuah hospital telah meninggalkan wadnya seketika untuk melihat keadaan banjir yang berlaku di kawasannya.
Beliau dikatakan telah meminta izin daripada doktor yang merawatnya untuk keluar dari hospital pada pukul 3 pagi tadi.
“Ia bagi melihat sendiri keadaan banjir yang berlaku dan memberi sumbangan makanan kepada mangsa dan petugas di Hulu Langat khususnya di Sungai Serai,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.
Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar segala urusan yang terlibat dalam banjir itu dapat dipermudahkan.
Sementara itu, dilaporkan sebanyak 2,612 penduduk dari Kedah, Perak dan Johor terjejas akibat banjir dan terpaksa berlindung di 26 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi. – MalaysiaBangkit.Com