SelangorToday

SARINGAN KESIHATAN PERCUMA SELURUH SELANGOR MULAI MAC DEPAN

Program Saringan Kesihatan Percuma (Saring Selangor) anjuran Kerajaan Negeri menjelajah ke 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula Mac depan.EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata program pemeriksaan kesihatan percuma itu memfokuskan saringan penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan penduduk.

Dr. Siti Mariah Mahmud, Exco Kesihatan Awam Selangor

Jelas beliau, inisiatif itu membolehkan orang ramai mengesan penyakit pada peringkat lebih awal. Beliau ditemui pada Program PCR Ujian Virus Papiloma Manusia (HPV)Percuma Untuk Saringan Kanser Pangkal Rahim di Dewan Komuniti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Damansara Damai hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan belanjawan negeri yang pada 26 November tahun lalu menyediakan dana bagi tiga skim rawatan iaitu jantung, tibi dan Slim Selangor bagi mengatasi obesiti berjumlah RM6.1 juta.

Exit mobile version