SelangorToday

SEKOLAH AGAMA TUTUP DI SELANGOR: INI DAKWAAN BERNIAT JAHAT – DR. ABU HAFIZ

Pendakwah Bebas, Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin menempelak dakwaan beberapa NGO berlatar belakangkan gerakan Islam yang menyatakan bahawa sekolah-sekolah Agama Islam di Selangor bakal ditutup. Dr. Abu Hafiz memaklumkan bahawa kenyataan ini bersifat jahat apabila ia kembali ditularkan selepas Pilihan Raya Negeri Selangor selesai diadakan, sedangkan jelas beliau persoalan ini telah pun dijawab oleh Exco Agama Islam Selangor sebelum PRN lagi sebanyak dua kali.

Dr. Abu Hafiz yang juga Pensyarah Kanan di Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) menambah, bahawa usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah proses pemutihan terhadap sekolah-sekolah agama swasta yang mana ia bukan dikelolakan oleh kerajaan negeri. Memandangkan sekolah swasta tidak tertakluk kepada peraturan seperti mana di sekolah agama kerajaan, maka kerajaan negeri mengambil inisiatif pemutihan dengan memberikan penjelasan kepada pihak pentadbir sekolah agama swasta tentang proses pemutihan ini. Inisiatif ini telah dilakukan sejak 2019, disebabkan oleh tragedi yang menimpa sekolah agama di Keramat yang mengorban banyak nyawa  pelajar dan guru disana.

Maka atas titah Tuanku Sultan Selangor, inisiatif pemutihan ini dilakukan dalam tempoh 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023 dengan matlamat sekolah-sekolah agama swasta yang tidak mengikut ketetapan keselamatan bangunan yang ditetapkan oleh pihak bombak atas bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Jelas Dr. Abu Hafiz, pihak yang gagal menepati syarat yang ditetapkan sahaja perlu diambil tindakan termasuk penutupan permis. Malah Dr. Abu Hafiz memaklumkan bahwa ada 400 sekolah agama swasta memohon lanjutan tempoh untuk melengkapkan proses pemutihan tersebut. Ia jelas menunjukkan bahawa penutupan sekolah agama bukanlah merujuk kepada melenyapkan aktiviti agama Islam di Selangor sebaliknya ia adalah satu usaha kerajaan atas titah Sultan Selangor untuk menjamin keselamatan pelajar dan murid dalam Institusi Pendidikan di Selangor. – Selangor Today

Exit mobile version