SelangorToday

SEKTOR PEMBUATAN EV MERANGKUMI PENGANGKUTAN LAUT AKAN DIPERLUAS – LOKE

Sektor pembuatan kenderaan elektrik (EV) sedang diperluas, tidak hanya terhad di darat malah merangkumi pengangkutan laut seperti bot atau feri.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha itu membolehkan negara menarik pelaburan daripada syarikat pengeluar bateri selain pemasangan kenderaan EV.

Katanya, perkara itu sejajar dengan komitmen kerajaan memastikan pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

“Kita memang ingin menarik pelabur dalam EV. Ini termasuk pengeluaran bateri, pemasangan kenderaan EV memang potensi cukup besar untuk negara.

“Memang kita mengharapkan kita dapat memperluaskan lagi pasaran EV bukan sahaja untuk kenderaan darat tetapi juga pengangkutan air seperti bot”, katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan prototaip bot EV, HydroGlyder oleh syarikat Yinson GreenTech di Composites Technology City, Batu Berendam, di sini pada Isnin. –  Berita RTM

Exit mobile version