Sekutu rejim zionis Israel yang membiarkan regim tersebut mencabul hak rakyat Palestin dilihat takut untuk berhadapan dengan rakyat Malaysia.
Pengarah Mobilisasi Parti AMANAH Negara, Abbas Azmi dalam ucapan sempena Himpunan Mega Free Palestin setelah genap Setahun Taufan Al-Aqsa tercetus berkata, ketidaksediaan pihak Kedutaan Amerika Syarikat untuk menerima memorandum yang disediakan oleh rakyat Malaysia hari ini merupakan tanda jelas bahawa mereka gentar dan takut berhadapan dengan solidariti rakyat Malaysia.
Sikap ini jelas menunjukkan sekutu Isreal itu termasuk Arab Saudi menyedari akan kesalahan besar yang mereka telah lakukan kepada rakyat Palestin.
Walau bagaimana pun, Abbas yang juga Ahli Dewan Negeri Seri Serdang berkata pihak Parti AMANAH Negara dan semua NGO yang terlibat dalam perhimpunan kali ini akan hadir segala lagi membawa suara rakyat Malaysia untuk mendesak pihak Amerika Syarikat mendesak sekutunya Israel menghentikan serangan dan pencabulan hak ke atas negara Palestin.
Selain Abbas, turut serta dalam himpunan tersebut adalah Ustaz Ahmad Awang, Penasihat Umum Parti AMANAH Negara, Mohamad bin Sabu, Presiden Parti AMANAH Negara dan Cikgu Azmi Abdul Hamid Presiden MAPIM. –SelangorToday