SelangorToday

SELAIN BARANG KEPERLUAN, MP SEPANG SUMBANG BARANG MAINAN PADA KANAK-KANAK MANGSA BANJIR

Selasa 21 Disember 2021, Ahli Parlimen Sepang, YB Hanipa Maidin telah membuat lawatan ke 3 Pusat Pemindahan Sementara iaitu di Bandar Seri Ehsan, Sekolah Kebangsaan Kota Warisan dan Bukit Changgang. Pusat pemindahan yang melibatkan mangsa banjir sekitar Sepang itu, menjadi perhatian AJK Pimpinan AMANAH Nasional itu sejak kejadian banjir berlaku.

Dalam lawatan tersebut, Hanipa telah menghadiahkan Inflatable Kayak kepada pasukan penyelamat yang bertugas di sekitar Sepang sambil mendapatkan taklimat daripada pegawai bomba yang sedang bertugas. Dalam petikan laman sosial AMANAH Kawasan Sepang, Hanipa juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada petugas keselamatan yang sanggup berkorban berhari-hari bagi memastikan rakyat Sepang dalam keadaan selamat.

Di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen) itu telah menghadiah barang mainan yang menarik kepada kanak-kanak di situ. Menyedari bahawa kekangan yang ada di PPS membuatkan Hanipa terdorong untuk memberikan barang-barang tersebut buat kanak-kanak yang ada. Dengan pemberian itu dapat membantu menggembirakan hati mereka walaupun sedang berduka akibat banjir yang melanda hujung minggu lalu.

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

Exit mobile version