SelangorToday

SELAIN KERJASAMA EKONOMI, PM ANWAR LANTANG SUARAKAN NASIB GAZA DI APEC 2023

Mesyuarat  Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 melabuhkan tirainya. Kehadiran delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata membuahkan hasil bukan sahaja dari segi perdagangan dan pelaburan malah turut lantang memperjuangkan isu hak asasi manusia.

Tidak dinafikan pentas APEC menjadi medan menzahirkan keresahan dunia berhubung tindakan ganas rejim zionis.Bukan sahaja Malaysia malah Brunei dan Indonesia turut sepakat dalam isu Palestin.Pun begitu, objektif APEC terhadap isu perdagangan dan pernigaan tetap menjadi keutamaan.

Pada masa yang sama memperkukuhkan kerjasama strategik dengan negara anggota.Menerusi misi perdagangan ke Amerika Syarikat, Malaysia telah berjaya meraih nilai pelaburan RM63 bilion.Bagi Perdana Menteri ia merupakan hasil keyakinan pelabur menerusi dasar yang jelas. – Berita RTM

Exit mobile version