Site icon SelangorToday

SELANGKAH – KINI LENGKAP DENGAN INFORMASI BANJIR!

SELANGKAH – KINI LENGKAP DENGAN INFORMASI BANJIR!

Ketika kita masih berhadapan dengan wabak COVID-19, kerajaan negeri Selangor tampil memberi kemudahan kepada penduduk Selangor untuk mengharungi aktiviti harian mereka.

Aplikasi mobile, Selangkah menghubungkan pengguna kepada program kesihatan awam yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Selangor termasuk program ujian saringan, peralatan ujian kendiri di rumah, penjejakkan kontak dan program vaksinasi.

Selangkah yang boleh dimuat turun di App Store (bagi pengguna iOS) dan Google Play Store (bagi pengguna Android) juga mempunyai ciri-ciri asas termasuk pengimbas QR MySejahtera dan fungsi GPS bagi mengenal pasti lokasi keberadaan pengguna.

Aplikasi mobile ini juga dilengkapi dengan ciri kesihatan mental di mana pengguna boleh menjalani ujian kendiri tahap kesihatan mental mereka. Dalam keadaan penuh cabaran yang menimpa ramai warga Selangor, ciri ini memberi nilai tambah dalam menentukan kesihatan mental penduduk Selangor.

Selangkah juga kini telah dikemaskini dengan informasi berkaitan bencana banjir. Antara informasi yang boleh di dapati di aplikasi Selangkah ialah:
(i) informasi penutupan jalan
(ii) informasi pencarian sukarelawan
(iii) senarai saluran bantuan dan bot penyelamat
(iv) senarai Pusat Pemindahan
(V) Talian penting bencana banjir Selangor

Informasi dan senarai yang boleh di dapati di aplikasi Selangkah adalah mengikut daerah-daerah yang terjejas. Pengguna boleh mendapatkan informasi terkini dengan mudah melalui aplikasi Selangkah.

Bagi memudahkan pengguna Selangkah, aplikasi ini juga menawarkan SelCare Store – capaian mudah bagi pengguna mendapatkan barang-barang keperluan seperti produk kesihatan dan kebersihan. Dengan dilengkapi kemudahan e-wallet, pengguna Selangkah dengan mudah boleh membeli barang-barang keperluan secara terus di aplikasi Selangkah.

Secara keseluruhannya, aplikasi Selangkah merupakan aplikasi yang perlu ada bagi setiap penduduk negeri Selangor kerana ianya menawarkan perkhidmatan kesihatan kerajaan negeri serta intergrasi ekosistem penjagaan dan rawatan COVID-19 dan perkhidmatan keperluan harian pengguna. Segalanya di hujung jari pengguna. Mudah dan cepat!

Muat turun aplikasi Selangkah ke peranti mobile anda sekarang! QR code Selangkah (iOS & Android)

Exit mobile version