Ketika menjawab soalan YB Meru di Sidang DUN Selangor 2 Disember 2021, YB Dr. Siti Mariah Mahmud menjelaskan bahawa Bantuan Sihat Selangor merupakan usaha kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Harapan untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan untuk membiayai rawatan mereka.
Exco Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga menjelaskan, bantuan ini meliputi kos rawatan dialisis yang agak tinggi.
Dalam belanjawan 2022, kerajaan negeri meluaskan manfaat bantuan ini kepada pesakit barah dan talasemia.
Usaha kerajaan negeri membantu rakyat dalam rawatan adalah langkah yang wajar dan memastikan rakyat kembali sihat bagi meneruskan langsungan hidup.
Oleh
Cikgu Syazmir HN