SelangorToday

SELANGOR BERSEDIA WUJUDKAN PUSAT ADAPTASI PERUBAHAN IKLIM SELANGOR

Selangor akan menaik taraf Majlis Tindakan Perubahan Iklim Selangor sebagai Pusat Adaptasi Perubahan Iklim kata Exco Kesihatan Awam, Alam Sekitar, Perubahan Iklim & Teknologi Hijau, Jamaliah Jamaluddin. Kata beliau proses naik taraf pusat tersebut akan melibatkan kos sebanyak RM800,00. Jamaliah juga menjelaskan pusat berkenaan akan menumpukan sembilan sektor utama iaitu sumber air, pertanian, kesihatan, guna tanah, pengurusan sisa dan pengangkutan.

Ahli Dewan Negeri(ADN) Bandar Utama itu juga berkata turut diambil kira ialah kesan perubahan iklim kepada sektor perhutanan dan biodiversiti, perindustrian serta infrastruktur, tenaga dan persekitaran. Jamaliah menyatakan keputusan dibuat selepas kerajaan negeri melihat isu ini memerlukan perhatian serius. Maka, terdapat keperluan untuk mewujudkan organisasi yang berfungsi merancang pelan strategik. Beliau menegaskan pusat ini juga akan menjadi agensi peneraju pembangunan teknologi hijau, pengurusan pasaran karbon, penilaian cadangan projek swasta berkaitan alam sekitar dan teknologi hijau serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan.

Jamaliah yang merupakan wakil rakyat bagi penggal kedua dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor buat kali pertama tahun ini. Beliau Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Selangor itu memegang portfolio yang kali pertama diwujudkan iaitu Perubahan Iklim. – SelangorToday

Exit mobile version