Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amiruddin Shari mengumumkan bahawa Selangor merupakan negeri yang berjaya merekodkan nilai pelaburan yang diluluskan tertinggi di Malaysia pada tahun 2021. Amiruddin menyatakan nilai pelaburan tersebut merupakan pelaburan dalam sektor pembuatan yang berjumlah RM7.5 bilion. Nilai pelaburan yang diperoleh hasil kerja kuat dan integriti pimpinan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor itu berjaya menyumbang 14,393 peluang pekerjaan untuk warga Selangor seterusnya berjaya mengurangkan kadar penganguran.
Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu menambah, di saat cabaran pandemik Covid-19 dan kelembapan ekonomi serta kekurangan misi promosi di luar negara akibat penutupan sempadan antarabangsa, Selangor tetap berjaya mengekalkan prestasinya berbanding negeri-negeri yang lain. Ia merupakan satu petunjuk jelas yang mana pelabur meyakini ekosistem perniagaan di Selangor.
ADN Sungai Tua itu juga memaklumkan di laman sosialnya, sejak 2017, hampir 84,000 peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan telah tercipta. Sejak Pakatan Rakyat dan beralih kepada Pakatan Harapan memimpin Selangor, pelaburan bernilai tinggi terus menjadi tumpuan kerajaan. Maka selain peluang pekerjaan berkualiti, ia juga merupakan bukti kestabilan serta dasar PH di Selangor adalah tepat.