
Exco Pertanian & Infrastruktur Selangor, Ir. Izham Hashim memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang mengagihkan ayam segar dan beras kampit secara percuma ke seluruh Negeri Selangor sempena Aidilfitri tahun ini.
Dalam satu posting yang dimuatnaik melalui laman sosial beliau, Pengerusi AMANAH Selangor itu menyatakan sebanyak 3500 ekor ayam segar serta 1750 kampit beras disediakan buat edaran kepada penerima di Selangor.
Tambahnya, edaran secara percuma itu dilakukan melalui Ahli Dewan Negeri dan Penyelaras DUN seluruh Negeri Selangor.

Inisiatif untuk meringankan beban rakyat itu merupakan sumbangan daripada Air Selangor dan Worldwide Holding serta PKPS yang menyedia bekalan beras. Ia juga melibatkan jumlah kos hampir RM100,000 untuk tahun ini.
Harapan Izham yang juga Ahli Dewan Negeri Pandan Indah itu adalah sumbangan sempena Aidilfitri ini mampu membantu meringankan beban rakyat yang berada dalam kekurangan serta menambah kegembiraan kepada mereka yang menerimanya. –SelangorToday