SelangorToday

SELANGOR FATWA HARAMKAN GISBH

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengharamkan pegangan dibawa kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang mengamalkan Aurad Muhammadiah.

Menurut teks khutbah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini, agensi itu membangkitkan persoalan sama ada kepercayaan ahli kumpulan terbabit sama seperti apa diamalkan kumpulan al-Arqam dulu atau tidak.

“Isu GISBH sedang hangat diperkatakan sekarang. Persoalannya GISBH ini adakah sama dengan Al-Arqam dahulu yang telah diharamkan segala fahaman dan ajarannya oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor?

“Adakah buku Aurad Muhammadiah yang diharamkan sebelum ini masih diamalkan oleh pengikut GISBH?

“Jawapannya adalah sama, fahaman dan ajarannya masih sama antara al-Arqam dan GISBH yang diamalkan oleh ahli-ahli GISBH sekarang.”Oleh itu umat Islam di negeri ini hendaklah berhati-hati dan dilarang berpegang serta beramal dengan fahaman dan ajaran GISBH ini,” katanya.

Teks itu akan dibaca di semua masjid dan surau Jumaat di seluruh Selangor hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan keputusan dicapai menerusi mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISBH.Khutbah Jumaat Selangor juga menegaskan bahawa Sultan Selangor sebelum ini telah bersetuju dengan pengharaman pertubuhan al-Arqa,.

“Duli yang maha mulia Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri telah berkenan fatwa mengharamkan fahaman dan ajaran pertubuhan al-Arqam sebelum ini.

“Pengharaman segala fahaman dan ajarannnya telah diputuskan oleh Jawatankuasa6, Fatwa Negeri Selangor melalui fatwa yang diwartakan pada 4 Februari 1993, 11 Ogos 1994 dan 21 Disember 2006 dan yang terkini fatwa yang telah diperkenan oleh duli yang maha mulia Sultan Selangor pada 3 Oktober 2024 yang sedang dalam proses pewartaan,” tambahnya. – Malaysiakini

Exit mobile version