SelangorToday

SELANGOR GUNA TEKNOLOGI TERKINI,AI KESAN PENCEMARAN AIR SUNGAI – IR. IZHAM

Dewan Selangor | Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim memaklumkan, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor(LUAS) dan Pengurusan Air Selangor telah mengguna pakai teknologi terkini dalam mengesan pencemaran air mentah melalui pemantauan dengan menggunakan River Monitoring Station(RMS).

Jelas Izham, sistem pemantauan ini dipasang di beberapa lokasi di sungai utama untuk mengumpul data melalui sensor bagi mengesan kualiti air sungai berdasarkan kepada petunjuk utama pencemaran sumber air mentah dan data ini boleh dibaca terus oleh petugas LUAS.

Disamping itu,Pengerusi AMANAH Selangor itu turut berkata LUAS juga bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia(MYSA) dan sedang membangunkan Selangor Earth Surface Activity Monitoring System(SESAMS) dengan menggunakan teknologi satelit bagi mengesan pembukaan tanah dari aktiviti yang boleh menjelaskan aktiviti sungai di Selangor.

Izham menjelaskan perkara tersebut ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri(ADN) Semenyih, Nushi Mahfodz di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Tambah beliau yang juga ADN Pandan Indah, Air Selangor sedang meneroka penggunaan teknologi rawatan air terkini menerusi kecerdasan buatan(AI) bagi memantau, meramal dan mengesan kualiti sumber air mentah dari sungai sebelum ianya dirawat di 34 loji rawatan air di Selangor. – SelangorToday

Exit mobile version