SelangorToday

SELANGOR JADIKAN AGROPELANCONGAN TARIKAN BAHARU, SASAR 5.6 JUTA KUNJUNGAN

Lebih 5.6 juta pengunjung tempatan dan luar negara disasar melawat Selangor sepanjang tahun ini menerusi pelbagai promosi menarik, kata EXCO pelancongan.

Dato’ Ng Suee Lim menjelaskan sasaran itu menghampiri tambahan sejuta pelancong berbanding tahun lalu sebanyak 4.8 juta, sebagai pecutan akhir Tahun Melawat Selangor 2025.

“Kita lihat kerja promosi yang dilakukan sebelum ini menerusi pelbagai medium akan memberi dampak positif termasuk penambahan jumlah pelancong pada tahun ini,” katanya.

Beliau ditemui sempena lawatan ejen pelancongan Thailand yang mengadakan lawatan tiga hari dua malam sekitar Anjung Utara dari Kuala Selangor hingga Sabak Bernam.

Dalam pada itu, Suee Lim berkata lokasi agropelancongan antaranya perkampungan buah naga di Sepang selain pusat rekreasi sekitar Kuala Kubu Bharu diramal menarik lebih ramai pengunjung.

“Kita turut jangka kawasan utara Selangor akan terus mendapat perhatian tahun ini seperti Avani Sepang Goldcoast, Sepang serta beberapa pusat pelancongan di Morib,” katanya.

Seramai 40 ejen pelancongan negara gajah putih itu menjadi kumpulan pertama dari luar negara mengadakan lawatan sekitar Anjung Utara.

Kawasan dikunjungi seperti Bukit Malawati, Pantai Redang, Sky Mirror dan Pusat Konservasi Kelip-kelip. – Selangorkini

Exit mobile version