SelangorToday

SELANGOR KEKAL MENDAHULUI NEGERI LAIN CATAT NILAI KDNK TERTINGGI

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2023 memaklumkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor kekal mendahului negeri-negeri di Malaysia yang lain. Rekod ini dikekalakan sejak tahun-tahun yang lalu. Kata Amirudin yang juga Pengerusi HARAPAN Selangor, Selangor mencatatkan RM343.5 bilion pada tahun 2021 berbanding RM327.1 bilion pada tahun 2020. Meskipun keadaan ekonomi yang bergelora akibat pandemik Covid-19 yang telah melumpuhkan persekitaran ekonomi Malaysia, namun Selangor berjaya meningkatkan pencapaiannya pada kadar yang lebih memberangsangkan hasil daripada nilai kecekapan dan kestabilan kerajaan negeri.

Pembentangan oleh ADN Sungai Tua yang juga Ahli Parlimen Gombak itu pada Jumaat 25 November 2022 itu juga menegaskan bahawa peningkatan KDNK daripada tahun 2020 kepada 2021 itu sebanyak 5% telah mengatasi kenaikan yang dicapai peringkat nasional. Jelas Amirudin lagi, sekotor perkhidmatan kekal menjadi penyumbang terbesar dalam KDNK negeri Selangor ini dengan kadar 59.5%. Diikuti sektor pembuatan 31.4% dan sektor pembinaan 5.1%. Manakala sektor pertanian dan sektor perlombongan dan pengkuarian masing-masing  menyumbang 1.5% dan 0.2%. Rancangan Selangor yang dibentangkan beberapa bulan lalu menjadi asas penting kepada pelabur luar untuk datang ke Selangor mencipta pekerjaan buat rakyat Selangor dengan kadar gaji yang berpatutan.

Selain itu, Amirudin juga mengumumkan Bantuan Khas Kewangan ( BKK ) tahun 2022 kepada semua anggota berkelayakan dan berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri sebanyak dua bulan setengah. Kata beliau lagi, pemberian BKK kali pertama minimum sebanyak RM1,000 itu telah dilaksanakan menerusi insentif khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Hari Raya Aidilfitri lalu. Manakala BKK kali kedua, insentif satu bulan gaji minimum RM1,000.00 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM37.63 juta akan dibayar pada 29 Disember depan. – Selangor today

Exit mobile version