SelangorToday

SELANGOR KEMBALIKAN INSENTIF MUASSASAH HAJI UNTUK TAHUN 2022

Kerajaan negeri Selangor melalui kenyataan media Menteri Besar Selangor pada Khamis memaklumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk mewujudkan semula Insentif Muassasah Haji Selangor bagi tahun 2022 setelah dua tahun insentif itu tidak dilaksanakan. Keadaan PKP dan pentupuan sempadan antara negara menyebabkan insentif ini tidak berjalan selama dua tahun. Manakala ini merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk bakal Jemaah Haji bagi tahun kelima.

Dato seri Amiruddin Shari memaklumkan, inisiatif yang mampu memberikan manfaat kepada 3,000 bakal Jemaah Haji ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta, manakala urusan permohonan boleh dilakukan mulai 23 Mei 2022 sehingga 31 Ogos 2022. Bakal Jemaah Haji boleh membuat permohonan melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) atau Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.

Tambah Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu, setiap penerima insentif ini akan menerima wang tunai sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM500 beserta kit cenderamata mengandungi beg, penyahkuman tangan, losyen, pelembap bibir, tuala muka serta tisu basah. Bakal Jemaah Haji yang berminat hanya perlu membawa kad pengenalan serta salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang lengkap dengan maklumat penerbangan sewaktu membuat permohonan.

Exit mobile version