SelangorToday

SELANGOR KEMPEN EARTH HOUR SABTU INI

Kerajaan Negeri akan menganjurkan kempen Earth Hour dalam usaha melestari alam sekitar dan menangani kesan perubahan iklim pada Sabtu ini. Exco Alam Sekitar & Perubahan Iklim Selangor, Hee Loy Sian berkata orang ramai digalak turut serta dengan memadam lampu elektrik di bangunan pejabat, premis perniagaan serta kediaman isi rumah dari 8.30 hingga 9.30 malam.

Menurut Hee Loy Sian, bangunan Kerajaan Negeri termasuk seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga diseru melakukan tindakan sama dalam tempoh tersebut selain mengalu-alukan pembabitan sektor swasta. Demi keselamatan orang awam dan pengguna bangunan, hanya lampu perhiasan, lampu tidak digunakan dan alat elektronik yang perlu dipadamkan serta bukan black out sepenuhnya.

Lampu keselamatan perlu dipasang mengikut keperluan bangunan masing-masing bagi memastikan keselamatan di kawasan berkenaan,” katanya. Beliau berkata Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan kempen itu sebagai acara tahunan bagi memupuk kesedaran rakyat berhubung perubahan iklim dan alam sekitar yang sedang dialami seluruh dunia. Menurutnya, ia sebagai salah satu cara menghentikan kadar penurunan kualiti alam sekitar selain mengurangkan pembebasan karbon daripada sektor pembekalan elektrik secara berperingkat menjelang 2030.

Exit mobile version