SelangorToday

SELANGOR LEBIH BAIK SELEPAS ERA AZMIN, PASUKAN HARAPAN RAMUAN PALING BAIK

Prestasi ekonomi Selangor lebih baik selepas 2018 hasil kerja berpasukan seluruh pemimpin negeri, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Menjawab tohmahan negeri merosot, beliau berkata negeri pimpinannya turut menyumbang 24.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021 berbanding 23.2 pada 2017.

Amiruddin Shari, Menteri Besar Selangor menjawab tohmahan Azmin Ali

“Sejak beliau meninggalkan Selangor, prestasi ekonomi Selangor meningkat baik, sumbangan KDNK kepada Malaysia meningkat, program kebajikan kepada rakyat juga bertambah,” katanya di Twitter hari ini, menjawab tuduhan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dilantik selepas Mohamed Azmin meletak jawatan pada 2018, Amirudin turut menegaskan Selangor turut menjadi negeri tertinggi menyumbang KDNK sektor pembuatan negara iaitu sebanyak 32 peratus.

“Selangor makmur bukan hasil kejayaan seorang individu sahaja tapi usaha berpasukan,” jelasnya.

Mengulas ringkas berita sebuah portal, beliau melampirkan graf peningkatan KDNK Selangor kepada 23.7 peratus pada 2018, 24.2 peratus (2019) dan 24.3 (2020).

“(Graf peningkatan) ini makna merosot bagi beliau (Azmin),” kata Amirudin lagi dengan nada sinis.

Exit mobile version