SelangorToday

SELANGOR MENDAHULUI KEDAH DALAM PENGHASILAN PADI SECARA PURATA – IR. IZHAM

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim memaklumkan setakat ini Selangor merupakan negeri penghasil  padi kedua tertinggi selepas Pulau Pinang. Secara tidak langsung mengatasi hasil padi Negeri Kedah yang menduduki tempat ketiga hasil tertinggi secara purata. Kata Izham hasil padi bagi negeri Selangor sebanyak 4.6 tan per hektar, Pulau Pinang 4.8 tan per hektar  manakala Kedah sebanyak negeri jelapang padi terbesar di Malaysia hanya menghasilkan 3.8 tan per hektar. Namun beliau menyatakan kerisauan apabila jumlah hasil padi ini berkurang atas pelbagai faktor. Selangor yang pernah mencapai hasil padi mencapai 8 tan per hektar jatuh mendadak akibat tekanan kos input dan masalah lain yang dialami.

Izham yang juga Pengerusi AMANAH Selangor menjawab perkara yang dibangkitkan oleh ahli dewan ketika membahas Belanjawan Selangor 2024 di Dewan Negeri Selangor pada selasa berkata, penyaluran bantuan input tanaman padi oleh kerajaan negeri mengalami kelewatan apabila bantuan tersebut disalurkan melalui Agro Bank. Hal ini demikian kerana, proses penyaluran perlu mengikut kaedah dan format yang ditetapkan agar tiada satu pun penerima yang tercicir. Pertama kali kaedah ini digunakan juga menjadi sebab kelewatan bantuan ini berlaku, malah Ir.Izham turut menyatakan bahawa masalah penerima bantuan juga seperti tiada akaun bank, tiada waris bagi penerima yang telah meninggal dan akaun tidak aktif mempengaruhi kelewatan tersebut.

Jelas Ahli Dewan Negeri(ADN) Pandan Indah itu, proses penyaluran akan selesai dalam tempoh 2 minggu lagi. Untuk makluman, program Bantuan Input Padi kepada Pesawah Negeri Selangor telah diumumkan pada Jun 2023. Bantuan tersebut berjumlah 17,740 hektar sawah melibatkan seramai 6,871 pesawah untuk musim pertama 2023. Kaedah pemberian dibuat secara tunai sebanyak RM300 per hektar kepada pesawah, manakala RM200 per hektar lagi berbentuk benih padi. Izham menegaskan seramia 600 pesawah di kawasan Tanjung Karang, Pasir Panjang dan Sungai Besar telah pun menerima bantuan tersebut pada peringkat awal, manakala baki bantuan merangkumi 17,140 hektar lagi diagihkan melalui khidmat Agro Bank. – SelangorToday

Exit mobile version