Selangor dibawah pimpinan Pakatan Harapan telah pun berjaya mewujudkan Prasekolah ANIS(Anak Istimewa Selangor yang merupakan prasekolah khas pertama dibangunkan oleh Kerajaan Negeri di Malaysia. Melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ANIS, Selangor telah berjaya memulakan operasi prasekolah ini sejak tahun lalu. Malah bangunan sebagai Pusat Prasekolah ANIS juga berjaya dibangunkan baru-baru ini. Pusat tersebut telah dirrasmikan oleh Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor dalam sebuah Majlis Perasmian Bangunan Prsekolah yang bertempat di Seksyen 7, Shah Alam.
Program Prasekolah ANIS dibangunkan bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini penting dalam meningkatkan tahap kesediaan kanak-kanak sebelum ke sekolah. Dibuka untuk murid 5 dan 6 tahun, Program Prasekolah ANIS memfokuskan kepada murid dengan kategori Orang Kurang Upaya (OKU) pembelajaran termasuklah Autisme, Sindrom Down, Attention Deficits Hyperactive Disorder (ADHD) dan Global Developmental Delay(GDD).
Prgram yang turut disertai oleh 24 orang murid prasekolah itu turut menyaksikan penganugerahan khas buat Encik Anuar Ab Razak selaku pencipta lagu rasmi ANIS dan Nur Arif Jasmin , Ikon ANIS yang merupakan penuntut di UIAM dalam bidang Al-Quran dan Sunnah peringkat PhD. Program perasmian ini turut dihadiri oleh Exco Pembangunan Keluarga dan Kesihatan Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud, Ketua Jabatan ANIS, Danial Al-Rashid Harun serta Naib Pengerusi AMANAH Selangor, Ustazah Mariam. – Selangor Today