SelangorToday

SELANGOR MULAKAN PROGRAM SELANGOR CARE ACCELERATOR 2025 (XCARE) UNTUK MEMPERKASA INDUSTRI PENJAGAAN

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Ekonomi Penjagaan hari ini melancarkan program ‘Selangor Care Accelerator 2025’ (XCare), sebuah inisiatif untuk memperkasa industri penjagaan di negeri ini. Sebanyak 22 buah perniagaan penjagaan telah terpilih untuk menyertai program ini, melibatkan pusat-pusat jagaan, teknologi dan inovasi penjagaan, produk-produk penjagaan dan pelbagai lagi, dari serata Selangor.

Program XCare akan membimbing peserta melalui tujuh modul pembangunan perniagaan yang disusun khusus untuk memperkukuh keupayaan syarikat dalam bidang Ekonomi Penjagaan. Selain itu, peserta turut berpeluang mengikuti dua kelas serta tiga klinik pitching bermula dari hari ini sehingga Jun 2025, dengan topik-topik yang berfokus kepada pengembangan dan inovasi dalam bidang penjagaan.

Peserta juga akan mendapat peluang berharga untuk menyertai lawatan industri di dalam dan luar negara serta menghadiri sesi pembinaan jaringan (‘networking event’) bersama pemain-pemain utama industri. Ini dijangka dapat memperluaskan jaringan profesional dan membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik.

Kemuncak program ini adalah pertandingan pitching yang akan diadakan pada pertengahan bulan Jun 2025. Pertandingan ini bukan sahaja menentukan pemenang program XCare, tetapi juga menjadi salah satu kriteria pemilihan untuk peluang menyertai lawatan industri ke luar negara.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Selcare, Wanita Berdaya Selangor (WBS), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), serta Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC). Ia dianjurkan berlandaskan Teras 4 Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor 2024-2030 iaitu Pelaburan dan Kerjasama, dengan matlamat untuk memartabatkan penjaga serta melindungi mereka yang dijaga.

Menurut EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, YB Anfaal binti Saari, “Melalui XCare, kita berusaha memperkukuhkan ekosistem penjagaan di Selangor agar lebih berdaya tahan dan inovatif dalam menyokong keperluan masyarakat.”

Senarai Mentor Program XCare 2025:

1. Puan Eliza Elias, Cradle

2. Puan Nadira Yusoff

3. Puan Jochebed Isaacs

4. Tuan Rashidi Yahaya

5. Dr Helmi Zakariah

6. Encik Zain Amri

Senarai Perniagaan Terpilih:

1. Think Bright Academy

2. TASKA JOYS Child Care Centre

3. AMEERA Care Centre

4. Tadika Kabin Anak-Anak

5. Swyfted

6. Opah Heritage

7. NENO Sdn Bhd

8. Taska Mama Attar

9. Legion of Fame Sdn Bhd

10. Taska Insan Genius

11. KTacademy Sdn Bhd

12. Teman Malaysia

13. SAPOT Tech PLT

14. Borakidz Child Care Centre

15. Little Bunny Child Care Centre

16. Taska Cahaya Mata Angkasa

17. Laman Khaira Aged Care Centre

18. Kids Campus Sdn Bhd

19. Taska Julie

20. Taska Little Leaders Childcare Centre

21. Kidsaurus

22. Taska Rumah Kecilku

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, pihak media dan orang ramai boleh menghubungi Jawatankuasa Tetap Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor atau rakan kerjasama program

Exit mobile version