SelangorToday

SELANGOR MULAKAN PROJEK RINTIS TANAMAN VANILA, BERI PULANGAN EKONOMI

Kerajaan Negeri menjayakan projek rintis tanaman vanila di Kalumpang, Hulu Selangor melibatkan tanah seluas tiga ekar.

EXCO pertanian berkata projek yang baharu dijalankan itu bakal membuahkan hasil dalam tempoh tiga tahun dan digunakan untuk sektor makanan.

“Kita akan rasmikan projek rintis ini. Vanila mempunyai nilai komersial yang tinggi dan kita mampu membawa pulangan kepada ekonomi negeri.

“Untuk permulaan kita hanya libatkan ladang seluas tiga ekar dan tengok hasilnya sebelum kita perluaskan lagi tanaman ini,” kata Ir Izham Hashim.

Pada Februari, Izham memaklumkan hasrat negeri untuk mengusahakan vanilla memandangkan harga hasil tanaman itu boleh mencecah lebih RM3,000 sekilogram.

Rancangan ini akan dijayakan menerusi projek pertanian bernilai tinggi bawah Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) selain menjalin kerjasama dengan pengusaha luar. – SelangorKini

Exit mobile version