SelangorToday

SELANGOR NOBATKAN 3 IKON AGRO SELANGOR 2021

Malam 7 Fabruari yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan Majlis Anugerah Ikon Agro Selangor 2021 di Dewan Orkid, Wisma PKPS, Shah Alam. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, Datuk Amiruddin Shari diiringi oleh Exco Infarstuktur dan Pertanian Selangor, Yang Berhomat Ir. Izham Hashim. Majlis yang sepatutnya diadakan pada bulan Disember tahun lalu itu menobatkan 3 orang  pemenang yang telah dinobatkan sebagai Ikon Agro Selangor 2021.

Berikut merupakan pemenang Ikon Agro Selangor 2021:

  1. Cia Boon San / Hong Long International Group Sdn Bhd
    • Bermula dari tanaman Nursery kini menanam Buah Naga bagi tujuan pelancongan
  2. Cheng Poh Guat / Ganofarm R&D Sdn Bhd
    • Pengeluar Tanaman Cendawan yang sudah menceburi bidang ini selama 34 tahun
  3. Siti Nurul Aishah Zakariah / SMaju Agro Venture
    • Seorang Graduan perniagaan yang menternak Udang Kara, Hulu Langat

Pemenang menerima Hadiah Wang Tunai & Barangan Bernilai RM10,000.00 berserta Sijil dan Trofi. Manakala Ikon Agro yang lain memenangi Wang Tunai  & Barangan bernilai RM500 berserta sijil dan trofi.

Dalam masa yang sama, Ir.Izham mengingatkan bahawa para ikon memikul tanggungjawab bersama dalam menjayakan Pelan Transformasi Agro Selangpr (PeTA) yang telah dirangka oleh kerajaan Negeri  untuk memperkasakan sektor pertanian di negeri Selangor. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak urusetia yang berusaha menjayakan program ini dari awal lagi.

Exit mobile version