Kerajaan Negeri Selangor mengorak langkah apabila memperkenalkan teknologi Efektif Mikroorganisma (EM) bagi mengelakkan penyakit berjangkit pasca banjir. Banjir yang melanda Negeri Selangor tahun lalu telah memberi kesan buruk buat masyarakat dan negeri. Keadaan itu akan menyebabkan penularan penyakit akibat banjir boleh berlaku. Maka Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Harapan memperkenalkan teknologi ini bagi mengelakkan penularan penyakit.
Sasaran kerajaan negeri ialah merawat kawasan longgokan sampah dan bekas longgokan di 11 stesen pemindahan sementara. Berdasarkan laman sosial Menteri Besar, kawasan-kawasan yang disasarkan mungkin meninggalkan bakteria serta kuman membawa penyakit. Teknologi ini juga akan disembr dirumah-rumah mangsa bagi menjamin kesihatan mereka.
Infor grafik dipaparan laman sosial Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu, walaupun tujuan teknologi Efektif Mikroorganisma (EM) adalah untuk mengelakkan penyakit pasca banjir, namun ia juga mampu menghilangkan bau busuk akibat kesan banjir, membasmi kuman yang wujud setelah sampah dan longgokan lumpuh disekitarnya serta mampu menghasilkan baja secara organik untuk tanaman.