SelangorToday

SELANGOR PERLUAS PROJEK GARISAN BERCAHAYA KE SEMBILAN DAERAH – IR.IZHAM

Exco Infrastuktur dan Pertanian Selangor, Ir.Izham Hashim akan memperluaskan projek garisan bercahaya atau ‘ glow in the dark’ ke 15 lokasi lain merangkumi sembilan daerah. Jelas beliau Kerajaan Selangor keseluruhan projek tersebut melibatkan jarak 15 kilometer antaranya di daerah Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Gombak dan Petaling. Tambah Ir. Izham lagi, projek tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM900,000 itu bakal dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut fasa yang ditetapkan dengan menumpukan kepada kwasan yang tidak mempunyai lampu jalan.

Beliau yang juga wakil rakyat Pandan Indah itu baru meninjau ke lokasi ‘glow in the dark’ di jalan B17 Sungai Tekali dan B19 Sungai Lalang. Tinjauan tersebut turut disertai oleh Jurutera Awam Penguasa Jalan Jabatan Kerja Raya(JKR) Selangor dan Jurutera Daerah Hulu Langat. Hasil tinjauan beliau dimuat naik melalui Media Sosial beliau beberapa hari yang lalu.

Tambah Pengerusi AMANAH Selangor itu lagi, projek yang dilaksanakan ini membantu pemandu melihat jalan dengan lebih jelas terutama pada cuaca gelap atau hujan. Harapan beliau langkah yang diambil mampu meningkatkan tahap keselamatan dan memberi manfaat kepada pengguna di Selangor. Kerajaan Selangor juga mempunyai projek naik tafar jalan di bawah Program Selangor bercahaya yang kini mempunyai 600 tiang lampu LED. – SelangorToday

Exit mobile version