SelangorToday

SELANGOR PEROLEH PENDAPATAN TINGGI, AGIH KENIKMATAN BUAT MASJID SELURUH NEGERI

Meskipun dilantik mengetuai pentadbiran kerajaan negeri Selangor dalam penggal ini, Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari telah berjaya mendahului penyandang lain dalam menguruskan kemakmuran negeri Selangor. Di dakwa Selangor mundur sejak Azmin Ali tidak menerajui kepimpinan Selangor, Amiruddin Shari menepis dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa sasaran pelaburan yang ditetapkan untuk dicapai sepanjang tahun 2022 ini telah pun tercapai pada suku ketiga 2022. Ini bererti, pelaburan yang akan masuk sehingga penutup 2022 telah pun melebihi sasaran yang telah ditetapkan. Fakta ini sekali gus membenam dakwaan mentah ADN Bukit Antarabangsa itu.

Pengerusi HARAPAN Selangor, menyampaikan ucapan Sabtu lalu

Dengan pencapaian pendapatan yang bertambah, kerajaan negeri dibawah HARAPAN Selangor berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada beberapa buah masjid dan surau di Daerah Klang. Bantuan yang disediakan itu dalam bentuk sumbangan van jenazah dan dana infrastuktur. Jelaslah bahawa semua kemewahan yang diperoleh kerajaan negeri hasil usaha rakyat Selangor dipulangkan semula kepada rakyat untuk dinikmati bersama. Malah institusi agama Islam terus diperkasakan dengan pendapatan yang diperoleh. Hasil pengurusan yang telus dan amanah, HARAPAN Selangor mampu memakmurkan rumah Allah agar masyarakat lebih selasa.

Amiruddin mengagihkan sumbangan dana kepada Masjid di Sungai Kandis

Ketika menyampaikan sumbangan kepada penggerak masjid juga, Amiruddin yang juga Pengerusi HARAPAN Selangor menekankan tentang kepentingan masjid dan surau sebagai medan penyatuan umat Islam. Tambah Amiruddin, meskipun berbeza pandangan, kita manfaatkan rumah Allah SWT sebagai tempat kita beribadah dan berkumpul. Amiruddin berharap, sumbangan yang diperuntukkan dapat dimanfaatkan buat para jemaah ahli kariah. – Selangor Today

Exit mobile version