DEWAN SELANGOR | Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perairan dan Saliran(JPS) telah memperuntukkan RM21.5 Juta melibatkan tiga projek mitigasi banjir di DUN Dusun Tua. Exco Pertanian dan Infrastruktur Selangor, Ir. Izham Hashim memaklumkan, projek pertama adalah menaiktaraf sistem saliran Batu 16, Kampung Dusun Tua, Mukim Hulu Langat yang bernilai RM9 Juta yang mana akan mula ditender dalam tempoh terdekat.
Selain itu, naik taraf sistem saliran Sungai Raya & Sungai Sering, Kampung Sungai Raya Cheras yang bernilai RM2.5 Juta. Ketiga, Projek tebatan banjir di Kampung 10, Bukit Cheras bernila RM10 Juta.
Disamping itu, Izham yang juga Pengerusi AMANAH Selangor memaklumkan di Dewan Negeri Selangor(DNS) hari ini bahawa Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir bagi Sungai Langat Fasa 2 melibatkan kawasan Hulu Langat dengan kos bernial RM512 Juta dibawah Rancangan Malaysia ke-12.
Ahli Dewan Negeri(ADN) Pandan Indah itu memaklumkan perkara tersebut ketika menjawab soalan yang diajukan oleh ADN Dusun Tua, Johan Bin Abd Aziz di DNS hari ini terkait dengan status pelaksanakan Projek Tebatan Banjir di Dusun Tua. Jelas Izham, dibawah kerajaan persekutuan, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 1 sudah sedia direka bentuk dan dijangka mula ditender suku pertama tahun 2025. – SelangorToday