SelangorToday

SELANGOR RANCANG JADIKAN BUKIT KEMBARA DESTINASI TARIKAN PELANCONGAN BAHARU

Bukit Kembara, Ampang yang menjadi tumpuan penggemar aktiviti rentas hutan dan pendakian berpotensi dibangunkan sebagai tempat pelancongan baharu.

Justeru, Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata perbincangan mengenai rancangan membangun serta menaik taraf tempat tersebut akan diadakan.

Rodziah Ismail melihat kawasan sekitar ketika merentas hutan bersama wakil agensi terlibat di Bukit Kembara, Ampang 

“Kita mendapat beberapa pandangan penduduk-penduduk sekitar antaranya mereka memohon untuk Bukit Kembara diberikan atau digazetkan sebagai tempat rekreasi orang ramai.

“Kita melihat potensi Bukit Kembara ini tinggi, kita akan berbincang pelan strategik bagi mengenalpasti ruang sesuai untuk dijadikan tumpuan pelancongan awam,” katanya.

Rodziah yang juga EXCO perumahan, kesejahteraan bandar dan pembangunan usahawan turut meluang masa membuat tinjauan di kawasan sekitar Bukit Kembara dan Kolam Taman TAR, Ampang semalam.

Lawatan turut disertai Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Hasrolnizam Shaari, Pengarah Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskap, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Khairilazhar Ismail dan wakil Jabatan Perhutanan.

Exit mobile version