Site icon SelangorToday

Selangor Rancang Wujudkan Dashboard Penggantian Paip Usang – Exco

izham

[DN Selangor] Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti pembangunan satu dashboard khas bagi memaparkan kemajuan kerja penggantian paip secara besar-besaran, kata Exco Pertanian dan Infrastruktur Selangor, .

Menurut beliau, inisiatif itu sedang diperhalusi bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Air Selangor bagi memastikan ketelusan maklumat kepada rakyat.

“Tujuan utama adalah supaya orang awam dapat melihat sendiri perkembangan penggantian paip-paip usang yang sedang dan telah dilaksanakan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, di Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan bekalan air, beliau turut menjelaskan bahawa projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 telah menunjukkan kemajuan ketara, khususnya bagi fasa pertama yang telah berjaya disiapkan.

Bagi fasa kedua pula, jelasnya, projek tersebut merupakan inisiatif di bawah Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang bertujuan menambah kapasiti bekalan air sebanyak 700 juta liter sehari.

“Namun begitu, terdapat beberapa isu yang masih dalam penelitian termasuk sumber air mentah, sama ada dari Pahang atau Negeri Sembilan,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan daripada ADN Sijangkang, , Izham memaklumkan bahawa kerajaan negeri kini sedang membangunkan pendekatan baharu dalam pengurusan sumber air dan mitigasi bencana.

Menurutnya, sebelum ini tiada bancian khusus dilakukan terhadap kolam dan tasik yang berpotensi berfungsi sebagai kawasan tadahan bagi menghadapi situasi banjir dan kemarau.

“Sehubungan itu, kita kini sedang menyediakan pelaksanaan Selangor Off River Storage Scheme (SORSS) bagi memanfaatkan kolam dan tasik sebagai sistem penampan air yang lebih efektif,” jelas beliau.

Langkah tersebut dilihat sebagai sebahagian usaha bersepadu kerajaan negeri dalam memperkukuh pengurusan sumber air serta meningkatkan daya tahan terhadap perubahan iklim dan tekanan bekalan air.

Exit mobile version