SelangorToday

SELANGOR SARING DI KUALA KUBU BHARU AHAD INI

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Kesihatan Awam Selangor dan SelCare akan mengadakan program Selangor Saring di Kuala Kubu Bharu pada Ahad ini 21 April 2024. Melalui entri yang dimuatnaik oleh Media Sosial Exco yang bertanggungjawab, Jamaliah Jamaludin, segala perkhidmatan saringan kesihatan yang disediakan pada hari tersebut adalah percuma. Saringan tersebut juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan fizikal, darah, urin, kanser, gigi dan lain-lain.

Program Selangor Saring telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak penggal lalu lagi bagi memudahkan masyarakat di Selangor mengenalpasti masalah kesihatan yang mereka alami lebih awal seterusnya mendapatkan rawatan sesegera mungkin. Langkah ini bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan yang kritikal bakal berlaku kepada orang ramai apabila masalah kesihatan yang mereka alami sudah mencapai tahap kriktikal atau tahap tinggi. Oleh itu atas slogan Selangor Sihat dengan tanda pagar #SaringAwalCegahAwal, program ini diteruskan di Kuala Kubu Bharu dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Program yang bakal diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Ras, Taman Rasa Jaya https://maps.app.goo.gl/tjQ8mkbEgLzQjGif6 itu akan lebih mudah dan teratur jika rakyat Selangor yang berminat untuk menjalani pemeriksaan disana dengan membuat pendaftaran di aplikasi SELangkah terlebih dahulu. Langkah mendaftar seperti tertera dibawah.

  1. Download aplikasi Selangkah
  2. Tekan butang Selangor Saring
  3. Isi borang soal selidik
  4. Pilih lokasi dan tarikh di atas

Jika ada sebarang masalah boleh hubungi talian hotline Selcare 1-800-22-6600. – SelangorToday

Exit mobile version