Program Selangor Saring akan diadakan di daerah Sabak, Sungai Panjang dan Sabak Bernam pada 28 dan 29 Mei 2022. Program yang diadakan dibawah kelolaan Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Selangor itu akan menjelajah ke seluruh negeri Selangor melibatkan 56 DUN yang ada. Sesi Exco Kesihatan Awam Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud bersama media yang diadakan pada 24 Mei lalu menjelaskan bahawa inisiatif ini diadakan oleh kerajaan negeri bagi membantu memudahkan orang ramai melakukan saringan dengan kadar segera serta percuma.
Minggu lalu, Selangor Saring diadakan di DUN Ijok melibatkan sasaran 500 pax. Program tersebut menyediakan saringan yang terdiri daripada ujian darah, ujian air kencing dan saringan mata. Saringan ini kebanyakannya disediakan di Klinik Kesihatan Daerah yang ada, namun ia memakan masa yang lama untuk diuruskan. Namun, saringan yang dilakukan di Program Selangor Saring akan memakan masa tidak lebih 72 jam untuk mendapat keputusan.
Selain ujian tersebut, swab servik, ujian ifobt, kanser payudara dan kanser prostat juga disediakan dalam program ini. Maka Naib Presiden AMANAH itu menyeru orang ramai untuk hadir dan melakukan saringan tersebut untuk memastikan langkah pencegahan awal boleh dilakukan. Menuju negeri yang sihat, Selangor memperuntukkan RM 1.5 juta untuk menjayakan program ini.
Program akan diteruskan di DUN-DUN lain pada minggu-minggu akan datang. Bagi yang berminat untuk membuat saringan digalakkan untuk membuat pra-pendaftaran melalui aplikasi SELangkah, namun penyertaan secara walk ini juga dibenarkan. Bagi golongan warga emas yang tiada kemudahan aplikasi tersebut, boleh memohon waris atau sukarelawan SUKA untuk membuat pendaftaran melalui laman sesawang selangorsaring.selangkah.my atau ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing. Jom datang beramai-ramai dan lakukan saringan.