SelangorToday

SELANGOR SEDIA TARIK LESEN TAHFIZ, SEKOLAH AGAMA TERLIBAT EKSPLOITASI KANAK-KANAK

Kerajaan Selangor tidak teragak-agak menarik lesen operasi dan tindakan tegas terhadap mana-mana pusat tahfiz atau sekolah agama didapati terlibat eksploitasi kanak-kanak dan menyebarkan ajaran bercanggah dengan Islam.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Mohammad Fahmi Ngah berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah pun diarahkan dan sedang menjalankan pemantauan rapat, semakan dan saringan ke atas pusat-pusat tahfiz dan sekolah-sekolah agama yang berdaftar atau belum di negeri ini.

Menurut beliau, sebuah pasukan siasatan khas dipengerusikan, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad telah ditubuhkan dan sedang aktif menjalankan siasatan lanjut.

“Kerajaan Selangor serius dan bertanggungjawab bagi menjamin kesucian agama Islam daripada anasir jahat dan sesat yang memudaratkan umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Dalam pada itu, katanya, beliau berterima kasih kepada polis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan JAIS atas tindakan tegas bagi menangani kes eksploitasi kanak-kanak dan kemungkinan terdapat ajaran sesat membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).”Saya berharap siasatan diteruskan secara profesional dan tindakan tegas segera diambil untuk kesalahan-kesalahan yang berjaya dibuktikan,” ujar beliau.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan sekolah-sekolah agama atau pusat-pusat tahfiz yang mengamalkan perkara-perkara salah boleh tampil melaporkan terus kepada JAIS di talian hotline 1800 88 2424. – Sinar Harian

Exit mobile version