Berdasarkan belanjawan Negeri Selangor 2022, kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Harapan akan melaksanakan Program Selangor Saring yang bertujuan bagi melakukan pengesanan awal penyakit. Peruntukan yang telah ditetapkan untuk melaksanakan program ini adalah berjumlah RM3.4 juta yang melibatkan 39 ribu penerima manfaat di kesemua 56 DUN dalam Selangor.
Program saringan ini membolehkan individu menjalani rawatan penyakit sedari awal sekaligus membantu meningkatkan peluang individu untuk sembuh. Melalui kenyataan media yang dikeluarkan, Exco Wanita dan Kesihatan Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, program ini menawarkan saringan bagi 3 kategori iaitu; penyakit berjangkit termasuklah penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang, penyakit kanser termasuklah kanser kolorektal, prostat, serviks dan payudara, serta penyakit berkaitan mata seperti rabun, glaukoma dan retina.
Maka Naib Presiden AMANAH itu mewakili kerajaan negeri menyeru agar penduduk negeri Selangor yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, berat badan berlebihan, gaya hidup tidak sihat serta mereka yang masih belum dikenal pasti oleh doktor mempunyai penyakit dinyatakan untuk mendaftar ke Program Selangor Saringan.
Pendaftaran boleh dibuait menerusi aplikasi SELangkah bermula 16 Mei 2022. Pemohon yang layak melalui borang saringan awal yang lengkap akan menerima baucer untuk menjalani saringan kesihatan tanpa sebarang bayaran di lokasi dan tarikh yang ditetapkan.