SelangorToday

SELANGOR TIDAK AKAN NAIKKAN KADAR CUKAI TAKSIRAN BUAT MASA INI

Kerajaan negeri Selangor tidak tidak akan membenarkan atau meluluskan sebarang kenaikan cukai taksiran ketika ini. Dalam satu kenyataan hari ini, exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan dan pengangkutan awam, Ng Sze Han berkata sebarang kenaikan cukai taksiran itu akan membebankan rakyat lebih-lebih lagi dalam situasi pasca pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, semakan nilaian baru yang berterusan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dilakukan mengikut prosedur, sambil meambah bahawa penilaian semasa adalah berdasarkan angka 1985.

“MPKj akan mengambil kira semua bantahan dan ketidakpuasan penduduk di dalam kawasan pentadbiran MPKj. Dalam hal ini, MPKj telah menyediakan medium-medium bersesuaian kepada semua pemilik harta berkadar yang ingin menyatakan bantahan terhadap tindakan penilaian semula ini.Adalah ditegaskan bahawa tarikh penguatkuasaan nilaian baharu ini belum diputuskan oleh kerajaan negeri,” kata ADN Kinrara.

Menurutnya, keutamaan kerajaan negeri pada ketika ini adalah untuk merangsang dan merancakkan ekonomi dalam negeri Selangor bagi memastikan langkah pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Exit mobile version