Kerajaan negeri Selangor akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menumpukan kepada usaha menangani impak perubahan iklim di Selangor. Yang Amat Berhormat Dato Amirudin Shari yang merupakan Menteri Besar Selangor itu berkata demikian ketika berucap di Amanat Tahun Baru Menteri Besar Selangor bersama Penjawat Awam Selangor. Dalam jawatankuasa tersebut, akan menghimpunkan tokoh-tokoh yang berkepakaran dalam bidang yang diperlukan bagi menangani perubahan iklim tersebut.
Selangor mengalami impak perubahan iklim dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini melibatkan jerebu dan yang terkini banjir besar. Banjir yang melanda pertengahan Disember tahun lalu itu telah menenggelamkan kawasan Shah Alam, Kota Raja, Hulu Langat dan Sepang. Kesannya, banyak rumah yang rosak termasuk runtuh serta kerosakan kelengkapan rumah. Maka perubahan iklim yang berlaku itu harus ditangani secara berhemah dan memerlukan persediaan yang maksima agar impaknya mampu diminimakan.
Tambah Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua itu menambah, jawatankuasa khusus untuk menangani perubahan iklim itu akan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Negeri Selangor, Yang Berhormat Hee Loy Sian. Selain tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang tertentu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mengfokuskan kepada kepekaan pada alam sekitar juga akan turut bersama.