SelangorToday

SELANGOR USAHA KEMAJUAN, PEMBANGUNAN KAUM INDIA, IMBANGI SEMUA KAUM – MB

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bersikap terbuka dalam mengimbangi pembangunan dan kemajuan semua kaum termasuk kaum india. Dato Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pelbagai program telah dan akan dijalankan bagi membangunkan potensi masyarakat india termasuklah Program Pembangunan Usahawan India Selangor(Sitham). Program tersebut telah pun dilaksanakan sejak 4 tahun lalu dan mendatangkan pelbagai manfaat buat masyarakat india.

Tambah Pengerusi HARAPAN Selangor itu, Kerajaan Negeri memperuntukan RM1 juta bagi melaksanakan Sitham tahun lalu dan berhasrat meningkatkan jumlah itu pada masa depan. Jelas beliau, kerajaan terbuka dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat serta menumpukan kepada keresahan yang ada. Dengan cara itu, kestabilan negeri akan terjamin. Beliau ditemui ketika hadir ke Program Minum Petang bersama Aktivis KEADILAN DUN Sungai Tua di Hotel Mecure, Selayang Ahad lalu.

Amirudin yang juga ADN Sungai Tua berkata, kerajaan bukan jaga kebajikan mengikut warna kulit. Sebaliknya menyantuni semua kaum yang ada di Selangor. Jaminan beliau, peruntukan untuk program Sitham mungkin akan dinaikkan menjadi dari RM3 juta ke RM4 juta untuk masyarakat india tahun hadapan. – SelangorToday

Exit mobile version