SelangorToday

SELANGOR USAHA TURUNKAN HARGA TELUR SEHINGGA AIDILFITRI

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Yang Berhormat Ir. Izham Hashim memaklumkan yang kerajaan negeri sedang berunding dengan pengeluar telur ayam di negeri ini dalam usaha menurunkan harga sumber protein itu dibawah harga pasaran dan sebagai persediaan bekalan sehingga sambutan Aidilfitri, Mei depan.

Ir. Izham Hashim, Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor

Pengerusi AMANAH Selangor itu menambah, pelbagai kaedah untuk membantu pengeluar telur ayam sedang diusahakan termasuk aspek sewaan tapak dan makanan ternakan dalam memastikan harga telur ayam dapat diturunkan. Beliau berkata “Kita nak pastikan harga telur ayam berada pada tahap betul-betul rendah bawah harga siling yang ditetapkan kini. Di Selangor setakat ini, nekalan tidak (berkurangan) sangat tetapi harga (agak tinggi).

Ahli Dewan Negeri Pandan Indah itu menyatakan minggu ini harga telur ayam mengikut gred akan selesai ditetapkan sebelum dipasarkan dalam Program Intervensi Harga Makanan Ehsan bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Beliau berkata demikian pada pemberita selepas Majlis Ikon Agro Selangor 2021 di Shah Alam.

Exit mobile version