SelangorToday

SELANGOR WAJAR TEROKA ASPEK PEMBANGUNAN PENJAGAAN KOMUNITI YANG MAMPAN

Ahli Dewan Negeri(ADN) Meru, Mariam Abdul Rashid mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk meneroka strategi terbaik khusus untuk pembangunan dan infrastruktur yang mampan, dalam menjadi hub penjagaan. Kata beliau, langkah ini bukan sahaja dapat menarik minat masyarakat antarabangsa memilih Selangor sebagai destinasi persaraan, tetapi juga dapat menyediakan perkhidmatan penjagaan yang mampu milik dan berkualiti kepada rakyat Selangor.

Naib Pengerusi AMANAH Selangor itu menambah, memandangkan Malaysia merupakan 10 tempat terbaik untuk bersara dalam Indeks Persaraan Global Tahunan 2024 oleh International Living, Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia berpotensi menjadi hub penjagaan. Menyentuh soal pelancongan, Mariam berkata sempena tahun melawat Selangor 2025 perlu mempelbagaikan strategi untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa. Beliau mencadangkan kerajaan negeri menawarkan tugas mempromosi makanan, budaya, warisan, tempat pelancong di Selangor kepada pempengaruh di Media Sosial sebagai Duta Pelancongan Selangor. 

Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan sehingga kini, sebanyak lima kali Meru dilanda banjir kilat. Faktor utama banjir kilat berlaku akibat kolam tadahan tersebut sudah cetek dan dipenuhi rumput dan tumbuhan. Kesannya, akibat tidak diselenggara, air kolam tersebut melimpah sehingga menjadi banjir kilat. Maka Mariam mahu mengetahui apakah status projek selenggara kolam tadahan tersebut telah dilaksanakan. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor-1 di Dewan Negeri Selangor sebentar tadi. – SelangorToday

Exit mobile version