Ahli Parlimen Hulu Langat, Yang Berhormat Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah turun menziarahi mangsa rumah terbakar di Kampung Sungai Tekali baru-baru ini. Datuk Hasanuddin yang juga Naib Presiden AMANAH itu turun menziarahi mangsa dan tempat kejadian bersama-sama Ketua Kampung Sungai Tekali yang dikenali sebagai Tok Amran.
Selain Datuk Hasanuddin dan Ketua Kampung, beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) pelbagai pihak turut sama hadir untuk membantu melengkapkan apa-apa yang telah musnah. Kebakaran rumah tersebut merupakan bencana kedua yang melanda mangsa selepas bencana banjir besar yang turut menimpa rumah mangsa.
Semasa banjir melanda, air naik pada paras yang tinggi. Kini mangsa ditimpa musibah kebakaran pula. Datuk Hasanuddin mendoakan agar mereka yang terlibat dengan masibah ini kuat menghadapi dugaan ini dan pihak beliau akan membantu sehabis baik.