SelangorToday

SELEPAS MAHDZIR DAN KON YEOW, FAIZ PULA TEMPELAK SANUSI ISU AIR

Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil menempelak retorik murahan yang dimainkan oleh Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor dalam isu air antara Kedah dan Pulau Pinang. Faiz berkata dakwaan Sanusi bahawa Pulau Pinang mengambil air Sungai Muda secara percuma merupakan hak bagi Negeri Pulau Pinang. Hal ini demikian kerana, sungai tersebut melalui Pulau Pinang untuk terus ke Selat Melaka.

Jelas Faiz yang juga Setiausaha Agung AMANAH, Sanusi sepatutnya tidak mempolitikkan isu air untuk dijadikan kempen Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap. Seharunya Sanusi sebagai pemimpin negeri yang berada di bawah Perlembagaan menghormati prinsip ‘riparian’ yang membenarkan semua pemilik tanah yang mana dalam konteks ini melibatkan Pulau Pinang dan Kedah sepanjang penggunakan air tersebut. Beliau juga menasihatkan Sanusi untuk mencari punca pendapatan lain bagi mengeluarkan Kedah daripada kemiskinan mutlak yang tinggi berbanding mengharapkan duit percuma.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) itu mencadangkan kepada Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu untuk menguruskan sumber air di Kedah secara efisien memandangkan ketika ini  ‘non-revenue water(NRW)’ di Kedah telah melebihi 50%. Ini bererti Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh PAS gagal menyelenggara saluran air sehingga menyebabkan air terawat tidak sampai ke pengguna dengan kadar lebih 50%.

Dalam masa yang sama, Faiz menyeru pengundi di Sungai Bakap melihat dan memahami ketidakupayaan Perikatan Nasional(PN) khususnya PAS mentadbir negeri. Beliau mahu pengundi memilih calon Kerajaan Perpaduan yang boleh membawa kemajuan di Sungai Bakap serta membetulkan semula kesilapan lalu. – SelangorToday

Exit mobile version