Site icon SelangorToday

SEMPENA RAMADAN, SYAWAL HIJRAH SELANGOR TAWAR PEMBIAYAAN SEHINGGA RM20,000

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menawarkan program pembiayaan sehingga RM20,000 kepada usahawan negeri ini yang layak sempena Ramadan dan Syawal. Pengurus Promosinya, Mohd Ridhwan Asmara berkata permohonan skim i-Bermusim dibuka mulai 25 Februari hingga 25 Mac ini bagi permohonan beroperasi di bazar Ramadan manakala bagi ekspo Aidilfitri pula tarikh tutupnya akan diumumkan kemudian.

Beliau berkata, program pembiayaan ini memberi peluang kepada golongan terbabit memperoleh modal perniagaan bagi beroperasi di bazar Ramadan dan ekspo Aidilfitri. “Pinjaman dari RM1,000 sehingga RM20,000 hanya diberi kepada peniaga yang mempunyai permit sah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mengulas lanjut, beliau berkata tempoh kelulusan bagi pembiayaan bawah RM5,000 mengambil masa kurang tujuh hari manakala pinjaman melebihi jumlah tersebut sekitar dua minggu. “Tempoh pembiayaan pula sehingga 25 minggu atau enam bulan dengan caj perkhidmatan satu peratus dikenakan setiap bulan dan bayaran balik adalah secara mingguan,” katanya.

Exit mobile version