Seniman A.R. Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramli antara seniman veteran yang menghadiri Anugerah Seri Angkasa 2024 semalam. Beliau yang merupakan penggiat seni sejak tahun 70an diberi tanggungjawab sebagai penyampai anugerah bagi kategori Pengara Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2024.
Seniman A.R. Badul digandingkan dengan hero malaya era 80an dan 90an iaitu Faizal Hussein.Selain Seniman A.R. Badul dan Faizal Hussein, Seniman Jalil Hamid juga merupakan penggiat veteran yang diundang sama dalam acara penuh berprestij itu. Anugerah yang bertemakan Kilauan Berlian, Seniman Jalil diganding dengan penyanyi Nabil Razali. Beliau yang pernah memenangi beberapa anugerah dalam Anugerah Seri Angkasa bagi edisi-edisi sebelumnya sempat mendendangkan sebahagian lagu ‘Ayam’ nyanyian beliau era 90an dahulu buat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Bagi edisi kali ini, Anugerah Seri Angkasa 2024 mempunyai 62 Anugerah melibatkan Television, Radio dan Media Baharu. Pengarah Filem dan pencetus Sitcom Tanah Air, Othman Hafsham dianugerahkan sebagai Tokoh Seri Angkasa untuk tahun 2024. Anugerah disampaikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Turut kelihatan yang hadir pada anugerah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC) adalah Raja Ema,Seniwati Wan Maimunah, Seniwati Ogy Ahmad Daud, Datuk Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Anggeline Tan. – SelangorToday